Monday, November 23, 2009

La tahzan....

Sedih adalah salah satu fitrah manusia apabila dilahirkan ke dunia. Saat keluar dari perut ibu, setiap manusia pasti menangis...oleh itu, adalah normal jika manusia itu ada perasaan sedih sehingga mengalirkan airmata.
Menangis itu satu keperluan untuk menenangkan perasaan terutamanya bagi wanita...ia merupakan satu terapi yang mudah, murah dan selamat. Tapi, sesuatu itu tidak akan memudharatkan jika ia tidak dilakukan secara berlebihan. Menangis perlu dikawal..sambil menangis cuba kaitkan masalah, kehilangan atau kesedihan kita dengan perkara yang lebih kurang sama dihadapi oleh banyak orang lain. Perkara itu mungkin lebih hebat lagi dari apa yang kita hadapi...
Atau kita perlu menginsafi setiap kejadian yang menimpa diri adalah ujian dan ketentuan dari Allah...Allah tidak menjadikan sesuatu itu melainkan Dia tahu perkara itu memang terbaik buat hamba-Nya..Maka, bersyukurlah di atas nikmat kesedihan..kerana dengan sedih kita dapat muhasabah dan mengenal diri..
Wallahu ta'ala a'lam

No comments:

Post a Comment