Hari ni dah hari ketujuh aku melahirkan seorang lagi mujahid..
Alhamdulillah Allah mudahkan kelahirannya..
Muhammad Zaim bin Khairul Lail
Lahir pada 25 Muharram 1434H bersamaan 9 Disember 2012 pada hari Ahad
Seberat 3.05 kg secara normal jam 8.17 pagi..
Macam abangnya Muhammad Mu'az aku pun nak share pengalaman kedua ni kat sini..
7 disember 2012 (jumaat)
Zaim dah mula mengeras (contraction) setiap 10 minit tp xconsistent..
Abg ada tuition and tanya sama ada nak pegi hospital ke tak..aku kata xpe..blm sampai masa lagi..
Pastu petang tu pegi mitc and malam pegi kota mas..berjalan sakan
8 disember 2012 (sabtu)
Zaim mengeras macam semalam..xconsistent
Petang pegi rmh ibu (MIL), makan aiskrim..
Pastu malam tu, pegi makan kat berkat salam..nak makan abc..hehe
Balik tu tgk citer cinta syurga kat tv3.. dah habis tu tdo
9 disember 2012 (ahad)
Masa tido tu bgn 2 @ 3 kali buang air..tapi, xrasa apa2..
6.15 nak bangun solat, rasa sakit perut...
Bagitahu abg sakit tapi xde show..abg tanya nak gi hospital x? Aku kata nak sebab sakit sgt...tapi solat dulu..
Abg siap2kan muaz hantar rmh MIL sbb pengasuh dia ada kenduri..
Otw ke hospital, pegi beli air milo panas (sempat plak padahal dah sakit)
Makan roti n minum air milo dlm kete..dlm pada tu cuba baca surah maryam
Sampai hospital dah pukul 7.50 aku sempat lagi makan kuih dadau/ketayap..minum air milo..
Surah maryam xsempat habis sebab dah sakit sgt..turun kereta dan berjln ke arah labor room..tp xberdaya..mintak abg amik wheel chair, wheelchair jauh plak kat emergency room..masa abg cari wheelchair rasa sakit sgt mcm nk terkeluar. Pastu rasa darah dah keluar..sampai labor room, doktor tanya macam2 plak.."saya dah sakit sgt ni" ha kan..
Doktor seluk and jerit, "os full"..aku xsure apa benda tu tp aku yakin mmg dah nak bersalin la tu...
aku ditolak ke labor room.baju pun tukar atas katil kt labor room. Doktor yg byk tnya tu sempat plak nak cucuk jarum drip kat tgn aku..sampai silap2 cucuk..nurse suruh aku teran..abg ada kat sebelah aku..dengan 3 kali teran..Alhamdulillah lahir lah Muhammad Zaim..
Tapi, kali ni mmg xsempat buat ctg, scan, interview, cucuk jarum utk drip...
Drip tu cucuk gak lepas aku bersalin..mmg cepat sgt..tapi, kena episiotomy gak..walau apapun Alhamdulillah, Allah bantu dan mudahkan..
Terima kasih atas doa saudara mara dan sahabat handai semua...:)
OS FULL tu maknanya, jalan dah bukak abis...heheh
ReplyDeletehaah dibah...aku google baru tau os tu opening servic hehe...selamat utk ko nnt ye :)
Deletesenangnya bersalin. aku hari tu kena operate. baby dah berak. pastu laluan pula buka 1 cm jer. huhu. pregnancy yg kedua nanti kena jarakkan 2 tahun. huhu
ReplyDelete